Tuesday 12 July 2016

Tingkatkan motivasi diri hari ke hari bagi orang malas. Mampu kah?

I have yet to update the 2nd part of my sudden Penang trip. I'll skip that 1st because i'm up to something now. It's called self-motivation.

Lama dah tak guna Bahasa Melayu, jadi entry ini akan bercampur Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. You know, when suddenly i can't think of the Malay word hahaha..

Ia adalah salah satu projek pembangunan diri sendiri..gitu! Masa zaman maktab dulu, aku guna cara 'countdown-motivation' iaitu menetapkan had masa untuk senarai beberapa kerja perlu dihabiskan.

Contohnya ada 7 perkara yang perlu diselesaikan (basuh baju, kemas bilik, tulis nota, hantar barang, etc). Aku tetapkan, dalam masa 3 jam, sebelum pukul 11pagi misalnya, aku dah habiskan kerja aku.

Dengar macam selalu buat je.. tapi mesti tak jadi kan? Kita akan 'end-up' postponed masa kerja tu kan?

Apa yang aku buat, aku set countdown (timer) kat phone. Dan phone aku akan berbunyi macam alarm setiap sejam yang dah dihabiskan.

Memang berkesan, pasal setiap kali alarm tu berbunyi, aku alert masa aku makin hampir ke tamat. Boleh gak set 1/2jam sekali alarm tu bunyi. Setiap kali aku tengok phone aku, masa tu makin sikit-makin sikit. Gelabah kauuu..

Ala-ala jam pasir gak la. Tapi versi moden. Dan berbunyi. Kasi gempak sikit.

Namun apakan daya, zaman belajar dah berlalu. Aku mula keje. Bajet macam lepak, tapi aku sedar motivasi aku makin turun. Tu la, sape suruh tak set target/ cita-cita awal-awal lagi kan? Susah untuk aku set matlamat jangka panjang/pendek bila aku masih terumbang-ambing nak sesuaikan rutin harian bekerja ni.

Jadi aku pun keluar la dengan idea 'day-to-day mission'. Misi hari-ke-hari. Apa dia menatang ni?

Cara dia:

1) aku tulis benda-benda yang aku suka buat (berkaitan travel, art, kamera, etc), sebagai misi yang boleh dibuat dalam sehari, dalam banyak-banyak kertas yang akan aku gulung nanti.

2) dah siap dalam 30, aku gulung semuanya, letak dalam 1 bekas. Lagi banyak lagi bagus, kalau boleh nak buat 365, untuk setahun terus.

3) setiap malam, sebelum tidur, aku cabut satu kertas, misi untuk keesokan hari.

4) aku tidur dengan mindset aku ada misi untuk esok hari...
Ni contoh aku buat. Malas nak gulung dan masuk bekas cantik hehehe

Ni contoh misi aku buat la. Boleh tengok kat gambar tu camne aku tulis aku punya misi. Ikut kreativiti nak buat misi lagu mana. Boleh suma..(utagha plak tetiba)..

Hasilnya, aku akan lebih semangat bangun esoknya, dan melaksanakan misi aku dalam masa 1 hari, takde la asyik fikir nak sambung tidur je... Jadi, kita tengok apa hasilnya dalam entri lepas-lepas ni...

Diingatkan bahawa 2 cara motivasi diri di atas, aku reka sendiri, untuk diri aku yang malas dia tahap Ya Allah Subhanallah Tabarakallah hoiii tolong la siapakan keje! punya tahap malas.

I know i was born to be great, but yeah, i'm still basically poor in attitude management. Kalau anda mempunyai matlamat hidup yang jelas dan kuat, teruskan usaha anda, anda dah silap baca blog ni haha! Love-yanaliyana

No comments:

Post a Comment